Sejarah awal Islam_di_Korea

Dari pertengahan hingga akhir kurun ke-7, pedagang-pedagang Islam telah mrentasi dari Khilafah ke negara China Tang serta membuat perhubungan dengan Silla, salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea.[3] Pada tahun 751, general Cina Gao Xianzhi telah memimpin Pertempuran Talas bagi pihak China Tang melawan Bani Abbasiyah namun tewas. Rujukan terawal bagi Korea dalam karya geografi bukan Asia Timur muncul dalam Tinjauan Umum Terhadap Jalan-jalan dan Kerajaan-kerajaan oleh Ibn Khurdadbih pada pertengahan kurun ke-9.[4]

Kehadiran Islam pertama yang dapat ditentusahkan di Korea bertarikh kembali ke kurun ke-9 semasa tempoh Penyatuan Silla dengan ketibaan pelayar-pelayar dan pedagang-pedagang Arab dan Parsi. Menurut beberapa ahli geografi Islam, termasuklah penjelajah dan ahli geografi Islam Parsi Ibn Khurdadhbih, ramai daripada mereka yang bermastautin di Korea lalu menubuhkan perkampungan orang Islam. [5] Beberapa catatan menunjukkan bahawa ramai pemastautin ini datang daripada Iraq.[6] Catatan-catatan lain menyatakan bahawa sejumlah besar puak Syiah Alawi menetap di Korea. [7] Lebih lanjut lagi terdapat kenyataan bahawa satu masyarakat orang Islam Timur Tengah di Silla adalah kelompok pengawal diraja yang mempunyai ciri-ciri Parsi yang tersendiri. [8] Pada masa kemudiannya ramai orang Islam pula yang berkahwin campur dengan wanita Korea. Beberapa asimilasi ke dalam agama Buddha dan Shamanisme berlaku akibat keterasingan geografi Korea daripada Tanah Arab.[9]

Perhubungan skala kecil dengan bangsa-bangsa yang majoriti beragama Islam, khususnya orang Uyghur, terus berjalan. Satu perkataan dalam bahasa Korea bagi Islam, hoegyo (회교, 回敎) datang daripada huihe (回紇), satu nama lama Cina bagi orang Uyghur. Semasa tempoh akhir Goryeo, terdapat masjid-masjid di ibukota Gaeseong.[10] Semasa pemerintahan Mongol di Korea, orang-orang Mongol amat bergantung pada orang Uyghur untuk membantu mereka menguruskan empayar mereka yang luas itu kerana celik huruf orang Uyghur dan pengalaman mereka dalam pengurusan jaringan-jaringan perdagangan yang berkembang luas. Sekurang-kurangnya dua daripada orang-orang Uyghur tersebut bermautastin di Korea dan menjadi leluhur kepada dua buah suku Korea. [4][11]

Salah seorang pendatang Asia Tengah pada asalnya datang untuk membantu seorang puteri Mongol yang dihantar untuk menjadi isteri Raja Chungnyeol. Dokumen-dokumen Goryeo mangatakan bahawa nama asal beliau ialah Samga tetapi, setelah dia berhasrat untuk bermastautin di Korea, raja tersebut mengurniakan kepada beliau nama Korea, Jang Sunnyong. Jang mengahwini seorang wanita Korea dan menjadi leluhur yang mengasaskan suku Deoksu Jang. Suku beliau telah menghasilkan ramai pegawai tinggi dan sarjana Confucianisme terhormat selama beberapa abad. Keturunan ke-25 kemudian, sekitar 30,000 melihat kembali kepada Jang Sunnyong sebagai pengasas suku mereka. Mereka sedar bahawa beliau bukan anak kelahiran Korea. Ramai yang percaya bahawa beliau adalah seorang Arab beragama Islam. Bagaimana pun, tiada kewujudan bukti pengaruh Islam ke atas tradisi-tradisi keluarga Deoksu Jang. Perkara yang sama berlaku pada keturunan seorang lagi pendatang Asia Tengah yang datang menetap di Korea. Seorang pendatang Asia Tengah (kemungkinan seorang Uyghur) yang bernama Seol Son melarikan diri ke Korea ketika pemberontakan Serban Merah meletus di saat-saat terakhir era pemerintahan dinasti Yuan Mongol. Beliau juga mengahwini seorang wanita Korea dan mengasaskan keturunan yang dipanggil Gyeongju Seol yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 2,000 orang di Korea hari ini, namun tiada sebarang petanda istimewa mengenai pengaruh Islam kelihatan.[4]

Pada zaman awal Joseon, takwim Islam bertindak sebagai asas bagi pembaharuan takwim kerana ketepatannya yang unggul berbanding takwim-takwim Cina yang wujud. Bagaimana pun, disebabkan keterasingan geografi dan politik Korea semasa zaman Joseon, Islam hilang dari Korea pada masa ia diperkenalkan semula pada kurun ke-20. Adalah dipercayai bahawa banyak amalan-amalan dan ajaran-ajaran agama tidak dapat bertahan lama.[4] Bagaimana pun, pada kurun ke-19, peneroka-peneroka Korea di Manchuria bertembung dengan ajaran-ajaran Islam sekali lagi; mereka ini menjadi orang Islam Korea yang pertama di zaman moden. [12]

Rujukan

WikiPedia: Islam_di_Korea http://www.arisok.com/news_view.asp?id=5821 http://www.asiaquarterly.com/content/view/167/ http://www.asiaquarterly.com/content/view/167/42/ http://www.islamkorea.com/ http://www.islamkorea.com/english/articlean1.html http://kabarnesia.com/1931/terpesona-gerakan-solat... http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/isla... http://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2007/0... http://www.koreatimes.co.kr/www/news/nation/2008/0... http://www.rootsinfo.co.kr/name/n06/n060213.html